Chicken Cottage buka 9 cawangan baharu, lebar sayap ke Afrika Timur - Utusan Malaysia

Chicken Cottage buka 9 cawangan baharu, lebar sayap ke Afrika Timur

CHICKEN Cottage melebarkan sayap ke Afrika Timur menerusi pembukaan empat cawangan baharu. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Rangkaian restoran makanan segera antarabangsa berstatus halal milik Terengganu, Chicken Cottage kini melebarkan sayapnya ke Afrika Timur menerusi pembukaan empat cawangan baharu, tahun ini.

Presiden dan Pengarah Eksekutif Terengganu Incorporated Sdn. Bhd. (Terengganu Inc.), Burhanuddin Hilmi Mohamed berkata, cawangan sulung di negara itu dijangka memulakan operasinya pada April ini di Nairobi, Kenya.

Katanya, tiga lagi cawangan lain akan dibuka secara berperingkat di Rwanda, Tanzania dan Uganda.

“Sehingga kini Chicken Cottage yang berpangkalan di London, United Kingdom mempunyai keseluruhan 65 cawangan dengan 57 daripadanya di negara berkenaan diikuti masing-masing dua di Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Nigeria manakala Pakistan (empat).

“Di samping itu, kita turut menyasarkan untuk menambah 10 lagi cawangan baharu di United Kingdom dengan masing-masing lima pada tahun ini disusuli bakinya pada 2023,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di pejabatnya baru-baru ini.

BURHANUDDIN HILMI MOHAMED

Chicken Cottage yang memulakan operasi di Wembley pada 1994 semakin kukuh dalam industri restoran makanan segera global menerusi menu halal berkualiti tinggi terutama ayam panggang dan goreng.

Burhanuddin Hilmi, keuntungan yang diraih rangkaian restoran makanan segera itu pada tahun lalu adalah sebanyak RM5.3 juta.

Sementara itu, Pengerusi Express Kitchen Ltd., Abdinasir Ali Hassan berkata, keunikan sajian ayam yang diperkenalkan Chicken Cottage mampu memikat pelanggan di rantau berkenaan.

Express Kitchen Ltd. milik AAH Limited merupakan pemegang saham terbesar dalam Kumpulan Petroleum Hass yang mengendalikan lebih 150 stesen minyak di 10 negara di Afrika. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN