PETALING JAYA: Penganalisis ekonomi melihat agihan keuntungan oleh Tabung Haji (TH) sebanyak 3.10 peratus bagi 2021 sebagai kejayaan Kumpulan dalam mengurus dan mentadbir pelaburan dengan baik. Pensyarah Kanan City University Malaysia, Prof. Madya Dr. Abu Sofian Yaacob berkata, dividen sebanyak itu adalah wajar memandangkan banyak perniagaan yang terjejas berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan oleh kerajaan pada tahun lalu. “Walaupun keadaan ekonomi kurang memberangsangkan, TH tetap berjaya mengurus dan…










