PETALING JAYA: Pelabur terlebih melanggan bon atau sukuk Islam negara bernilai RM4.5 bilion yang diterbitkan semalam, selepas bidaan bernilai RM7.87 bilion diletakkan untuk RM4.5 bilion Terbitan Pelaburan Kerajaan (GII) semasa pelaksanaan tender antara 17 Februari dan kelmarin. Dalam pemfailan laman web Sistem Automatik Penuh untuk Pengeluaran/Tender (FAST) Bank Negara Malaysia (BNM), bank pusat itu berkata, pelabur meletakkan 237 bidaan untuk GII bernilai RM4.5 bilion, yang datang dengan kadar keuntungan tahunan…










