PETALING JAYA: AEON CO. (M) Bhd. (AEON) mencatat keuntungan selepas cukai (PAT) lebih daripada dua kali ganda kepada RM85.3 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021 (TK2021) daripada RM41.4 juta pada tahun sebelumnya. Pencapaian itu didorong oleh margin yang lebih luas melalui penambahbaikan strategi pembelian dan peningkatan rundingan, serta pengurusan kos secara berdisiplin, kata syarikat itu dalam kenyataan. AEON berkata, keputusan kewangan bagi suku keempat 2021 (S4 2021) merekodkan…










