PETALING JAYA: Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) [KWAP] mengumumkan pelantikan Hazman Hilmi Sallahuddin sebagai Ketua Pegawai Pelaburan (CIO) baharu berkuat kuasa 3 Januari 2022. Menurut KWAP, Hazman sebelum ini merupakan Pengarah Urusan Damansara Assets Sdn. Bhd., anak syarikat hartanah milik penuh Johor Corporation (JCorp) dan Ketua Pegawai Eksekutif AMAL oleh Malaysia Airlines, anak syarikat milik penuh Malaysia Aviation Group (MAG). “Sebelum itu, Hazman bersama Khazanah Nasional Berhad di mana beliau berkhidmat…










