DUBAI: Firma keselamatan digital Arab Saudi, Elm berkata, ia telah meletakkan julat harga indikatif untuk tawaran awam permulaan (IPO) dan mahu mengumpul sebanyak tiga bilion riyal (AS$820 juta/RM3.35 bilion) daripada penerbitan itu.
Dalam satu kenyataan, Elm yang dimiliki oleh dana kekayaan kerajaan berkata, ia merancang untuk menjual 24 juta saham pada harga indikatif 113 hingga 128 riyal (RM126.19 hingga RM131.77) sesaham.
Pada Mei 2020, Reuters melaporkan rancangan dana pelaburan awam Arab Saudi itu untuk meneruskan penjualan saham kepada pelabur.
Pihak yang layak hendaklah melanggan sekurang-kurangnya 100,000 saham dan maksimum 3.99 juta saham.
Bagi pelabur runcit, tempoh langganan dijadualkan pada 3 Februari dan akan berlangsung selama empat hari, dengan 7.2 juta saham ditawarkan.
Elm yang dimiliki sepenuhnya oleh Dana Pelaburan Awam, menyediakan perkhidmatan keselamatan e-perniagaan dan teknologi maklumat, serta perkhidmatan sokongan projek dan penyumberan luar projek kerajaan di Arab Saudi, menurut laman webnya. – AGENSI










