PETALING JAYA: G3 Global Berhad (G3 Global) melantik bekas Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan (KPM), Datuk Seri Alias Ahmad sebagai Pengerusi dan Pengarah Bukan Eksekutif Bebas berkuat kuasa 4 Januari 2022. Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat itu memaklumkan, Alias akan menggantikan Datuk Wan Khalik Wan Muhammad yang telah meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Eksekutif Lembaga Pengarah dan Pengarah syarikat hari ini. Jelasnya, Alias, 63, pernah perkhidmat sebagai Ketua Setiausaha KPM sebelum…










