SpaceX raih AS$337 juta dalam pendanaan baharu - Utusan Malaysia

SpaceX raih AS$337 juta dalam pendanaan baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENGALURU: SpaceX meraih AS$337.4 juta (RM1.41 bilion) dalam pembiayaan ekuiti, menurut makluman oleh syarikat itu pada Rabu lalu.

Syarikat milik bilionair, Elon Musk itu yang antara pelaburnya ialah Alphabet Inc. dan Fidelity Investments, mencapai penilaian AS$100 billion (RM417.05 bilion) berikutan penjualan saham sekunder pada Oktober, menurut CNBC.

Syarikat roket itu meraih kira-kira AS$1.16 bilion (RM4.84 bilion) dalam pembiayaan ekuiti pada April.

Menurut Reuters, SpaceX tidak memberikan respons segera berkenaan perincian pusingan pendanaan terbaharu itu.

Syarikat itu bersaing dengan Blue Origin milik bekas Ketua Eksekutif Amazon.com, Jeff Bezos dan Virgin Galactic milik bilionair, Richard Branson dalam usaha niaga roket komersial.

Ketiga-tiga syarikat itu telah berjaya membawa orang awam ke angkasa lepas.

Menurut Morgan Stanley, ekonomi angkasa boleh mencapai nilai AS$1 trilion (RM4.17 trilion) menjelang 2040.

Musk yang turut menerajui beberapa syarikat futuristik seperti Tesla Inc., Neuralink dan Boring Co. berkata pada awal tahun ini bahawa SpaceX akan mendaratkan roket Starshipnya di Marikh sebelum 2030.

SpaceX telah melancarkan beberapa muatan kargo dan angkasawan ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) untuk Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA). – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN