PETALING JAYA: Saham-saham Aurelius Technologies Berhad (ATech) mencatatkan lebih langganan sebanyak 20.27 kali sebelum penyenaraian Kumpulan itu di Papan Utama Bursa Malaysia Securities Berhad (Bursa Securities), dijadual 16 Disember ini. Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ATech, Lee Chong Yeow berkata, syarikat menghargani keyakinan para pelabur terhadap ATech, prospek perniagaan dan perancangan masa hadapannya. Kata beliau, perjalanan syarikat untuk menjadi penyedia rumusan sehenti perkhidmatan perkilangan elektrik (EMS) begitu panjang…










