‘Tidak sedap hati mesej WhatsApp kepada suami tidak berbalas’

‘Tidak sedap hati mesej WhatsApp kepada suami tidak berbalas’

NOR Hamiza Halid menunjukkan gambar percutian mereka empat beranak di Cameron Highland, baru-baru ini ketika ditemui di pekarangan Jabatan Forensik HSB di Alor Setar, Kedah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Isteri kepada Allahyarham Muhammad Syazwan Mohd. Surodjidin, 25, memberitahu dia memang bera­sa perkara buruk berlaku setelah suaminya itu tidak membalas mesej di WhatsApp yang dihantarkannya.

Nor Hamiza Halid, 25, berkata, dia menghantar mesej pada pukul 5.10 petang untuk bertanya waktu untuk Muhammad Syazwan akan menjemputnya yang bekerja sebagai pembantu kedai makan di Sungai Ular, Kulim.

“Suami tidak balas mesej seper­ti selalu jadi pada pukul 5.30 petang saya telefon suami tetapi adik ipar yang angkat memberitahu tentang kemalangan itu namun saya masih tidak tahu keadaan mereka tiga beranak.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pada pukul 5.45 petang, kaki dan tangan saya terasa lembik bila adik ipar telefon semula memberitahu suami dan anak-anak sudah tiada,” katanya ketika ditemui di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini semalam.

Nahas yang berlaku kelmarin di Jalan Sungai Kob, Kulim mengorbankan Muhammad Syazwan yang bekerja sebagai operator kilang dan dua anak­nya, Muhammad Aqeel Afnan, 4, dan Muhammad Affan Mikhael, yang berusia dua tahun.

Kemalangan berlaku apabila kereta jenis Perodua Viva dinaiki tiga beranak dari Taman Mutiara, Sungai Kob ke Sungai Ular itu bertembung Proton X70 dipercayai cuba memotong kenderaan ketika di lokasi kejadian.

Nor Hamiza berkata, ketika kejadian tiga beranak tersebut dalam perjalanan menjemputnya yang bekerja di sebuah kedai makan berhampiran.

“Setiap Isnin saya bercuti jadi suami akan menjemput saya pulang ke rumah sewa kami di Kampung Sungai Tengas bersama anak-anak yang dijaga oleh mak mentua saya ketika kami bekerja,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×