Rizab antarabangsa BNM berjumlah AS$116.7 bilion - Utusan Malaysia

Rizab antarabangsa BNM berjumlah AS$116.7 bilion

1mdb
MPC memutuskan menaikkan OPR sebanyak 25 mata asas setelah mengambil kira prospek pertumbuhan dalam negara yang terus berdaya tahan. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) pada 30 November berjumlah AS$116.7 bilion (RM495.641 bilion) meningkat sedikit berbanding AS$116.5 bilion (RM492.795 bilion) pada 15 November lalu.

Menurut BNM, jumlah itu memadai untuk membiayai lapan bulan import tertangguh dan 1.3 kali jumlah hutang luar negara jangka pendek.

Katanya, komponen utama rizab terdiri daripada rizab mata wang asing berjumlah AS$103.9 bilion (RM439.50 bilion), rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) AS$1.4 bilion (RM5.92 bilion), hak pengeluaran khas (SDR) AS$6.1 bilion (RM25.80 bilion), emas AS$2.2 bilion (RM9.31 bilion) dan aset rizab lain AS$3.1 bilion (RM13.113 bilion)

“Aset-aset itu terdiri daripada emas, pertukaran mata wang asing dan rizab lain, termasuk SDR berjumlah RM488.98 bilion, kertas kerajaan Malaysia (RM12.214 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM629.64 juta), pinjaman dan pendahuluan (RM22.082 bilion), tanah dan bangunan (RM4.163 bilion) serta aset-aset lain (RM15.84 bilion),” katanya dalam kenyataan.

Menurut BNM, modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar berjumlah sehingga RM100 juta, rizab (RM187.85 bilion), mata wang dalam edaran (RM146.94 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM157.31 bilion), deposit Kerajaan Persekutuan (RM4.61 bilion), lain-lain deposit (RM5.61 bilion), kertas Bank Negara (RM7.953 bilion), peruntukan SDR (RM28.469 bilion) dan lain-lain liabiliti (RM5.062 bilion). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN