Profesor di China raih AS$3.4 bilion dengan IPO SenseTime - Utusan Malaysia

Profesor di China raih AS$3.4 bilion dengan IPO SenseTime

SEORANG wanita cuba menggunakan aplikasi mengecam wajah yang dibangunkan oleh SenseTime. – AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HONG KONG: Beberapa minggu selepas Amerika Syarikat (AS) menyenaraihitamkan sebuah unit SenseTime Group Inc. atas dakwaan pelanggaran hak asasi manusia, firma tersebut berkemungkinan menjadikan pe­ngasasnya, Tang Xiao’ou sebagai antara manusia terkaya di dunia.

Syarikat kecerdasan buatan (AI) terbesar China itu menilai tawaran awam permulaannya pada HK$3.85 (RM2.06) setiap saham, meraih kira-kira AS$5.55 bilion (RM23.21 bilion).

Nilai tersebut merupakan yang terendah dalam julat jangkaannya namun terdapat petanda bahawa peningkatan ketegangan antara AS dan Beijing terhadap gergasi teknologi, termasuk jentera pemantauan besar-besarannya terus memberikan keuntungan besar kepada pemodal usaha niaga.

Xiao’ou, 53, lulusan Institut Teknologi Massachusetts (MIT) dan profesor kejuruteraan maklumat di Universiti China Hong Kong, memegang 21 peratus pemilikan dalam syarikat tersebut bernilai AS$3.4 bi­lion (RM14,22 bilion), menurut Indeks Bilionair Bloomberg.

Menurut Bloomberg, wakil SenseTime menolak untuk memberikan komen berkenaan kekayaan bersih Xiao’ou.

SenseTime telah dijang­ka menjadi IPO yang me­nguntungkan namun menerima kecaman dalam beberapa tahun ini.

Syarikat itu terpaksa menangguhkan penyenaraiannya bulan ini selepas AS mendakwa perisian pengecaman wajahnya digunakan untuk menindas Muslim Uyghur di wilayah Xinjiang di barat China.
SenseTime menyifatkan tu­duhan tersebut sebagai tidak berasas.

Sahamnya dijadualkan untuk didagangkan di Hong Kong bermula hari ini, memberikan syarikat tersebut nilai pasaran sebanyak lebih AS$16 bilion (RM66.90 bilion).

Xiao’ou telah terlibat dalam pembangunan kecerdasan buatan yang diperlukan untuk pengecaman wajah.

SenseTime ketika ini merupakan firma perisian terbesar di Asia dengan 11 peratus pega­ngan pasaran. Teknologinya digunakan untuk pelbagai perkara, termasuk membantu pihak polis di China, menyediakan peletakan produk dalam filem-filem dan mencipta babak realiti terimbuh (AR) dalam permainan video telefon bimbit milik Tencent Holdings Ltd. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN