PETALING JAYA: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah melancarkan Inisiatif Kenderaan Autonomi NanoMalaysia (NAVi) dan merasmikan demonstrasi Robot Penghantaran Berautonomi NanoMalaysia ( NAVi-D). Membangunkan Kenderaan Autonomi Tahap 4 atau kenderaan tanpa pemandu di Malaysia merupakan inisiatif di bawah MOSTI melalui agensinya NanoMalaysia Berhad (NMB) sebagai persediaan membangunkan teknologi berkaitan dengan Revolusi Perindustrian (IR) 4.0. NAVi akan menumpukan pada sektor pengangkutan manakala NAVi-D akan dilengkapi dengan sistem yang memenuhi keperluan…










