Luno, Monstax Guild bekerjasama jayakan Kejohanan Permainan Rantaian Blok - Utusan Malaysia

Luno, Monstax Guild bekerjasama jayakan Kejohanan Permainan Rantaian Blok

PENYERTAAN kejohanan Luno Battlexie: Winter Cup 2021 adalah percuma dan terbuka kepada semua pengguna Luno yang telah disahkan dan aktif di Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Luno mengumumkan kerjasama dengan Monstax Guild sebagai penaja utama Luno Battlexie: Winter Cup 2021, kejohanan permainan rantaian blok yang menampilkan permainan ‘token tidak sepiawai’ atau non-fungible token (NFT), Axie Infinity.

Luno Battlexie: Winter Cup 2021 adalah sebahagian daripada komitmen Luno dalam usaha menyokong perkembangan komuniti permainan rantaian blok, jelas syarikat itu.

Katanya, kebangkitan permainan NFT telah merevolusikan industri permainan video dengan mengetengahkan potensi permainan berbentuk ‘main-untuk-jana’ atau play-to-earn (P2E) dalam membina ekonomi digital baharu dan mewujudkan ekosistem e-sukan baharu yang berdaya saing.

“Contoh yang paling ketara ialah Axie Infinity yang mempunyai dua juta pemain aktif setiap hari di mana mereka mengumpul, bertarung dan membiakkan makhluk NFT bagi meraih aset digital berasaskan Ethereum, di
mana para pemain boleh memilih untuk menukarkannya kepada mata wang biasa,” katanya dalam kenyataan.

Pengurus Negara Luno Malaysia, Aaron Tang menjelaskan, pelaburan dan perdagangan bukan lagi satu-satunya cara untuk meraih keuntungan daripada aset digital kerana trend pengguna sentiasa berevolusi.

“Khususnya dalam permainan NFT yang kini semakin popular di kalangan para pengguna yang berminat untuk meraih kriptowang menerusi permainan video.

“Oleh itu, ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan jika permainan NFT seperti Axie Infinity telah menyaksikan pertumbuhan pesat dalam tempoh beberapa tahun yang lalu dan merapatkan jurang di antara dunia permainan video dan kriptowang,” katanya.

Pengasas Bersama Monstax Guild, Shas Fung pula berkata, pihaknya gembira kerana dapat bekerjasama dengan Luno bagi menjayakan pertandingan ini yang menyediakan pentas persaingan untuk generasi pemain baharu di Malaysia.

“Matlamat kami ialah untuk menyokong pemain P2E dengan mencipta sebuah ekosistem yang kondusif untuk mereka berkembang menerusi penajaan dan latihan di dalam sebuah komuniti yang mantap.

“Kami akan terus menganjurkan pertandingan dan memperkasakan lagi arena e-sukan NFT tempatan, selaras dengan pertumbuhan komuniti permainan rantaian blok tempatan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN