PETALING JAYA: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini mengenakan pertuduhan terhadap Ketua Pegawai Eksekutif/Pengarah Urusan Serba Dinamik Holdings Berhad (Serba Dinamik), Datuk Dr. Ir. Ts. Mohd. Abdul Karim Abdullah kerana mengemukakan kenyataan palsu kepada Bursa Malaysia Securities Berhad. Beliau didakwa melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 369(a)(B) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA). Menurut pertuduhan yang difailkan SC di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, kenyataan palsu itu berhubung angka pendapatan…










