PETALING JAYA: Grab Malaysia memperkenalkan `Grab Travel Pass’ sebagai sokongan kepada Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (MOTAC) untuk menyemarakkan kembali industri pelancongan negara. Menurut Grab, industri pelancongan Malaysia telah mengalami penguncupan ketara akibat pandemik Covid-19 iaitu penurunan sebanyak 71 peratus sepanjang tahun lalu. “Kemorosotan paling dirasai oleh 3.5 juta warga Malaysia yang berkerjaya di bidang pelancongan, yang turut menyumbang lebih 23 peratus kadar guna tenaga Malaysia,” katanya dalam kenyataan. Mengulas…










