BNM, semua bank di Kuala Lumpur beroperasi esok - Utusan Malaysia

BNM, semua bank di Kuala Lumpur beroperasi esok

SEMUA bank dan cawangannya beroperasi seperti biasa esok, 3 Disember 2021.- GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bank Negara Malaysia (BNM) dan semua bank termasuk cawangan-cawangannya di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan dibuka dan beroperasi seperti biasa esok, 3 Disember 2021.

“Sehubungan itu, urus niaga pasaran kewangan dalam pasaran pertukaran asing, pasaran wang dan pasaran bon melalui kaunter juga akan terus beroperasi pada hari tersebut,” kata BNM dalam satu kenyataan.

Esok diisytiharkan sebagai cuti umum bagi Wilayah Persekutuan, susulan kejayaan pasukan KL City FC merangkul kejuaraan Piala Malaysia.

Berita baik itu diumumkan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim dalam satu sidang media di Putrajaya.

KL City FC berjaya menundukkan JDT dalam perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Bukit Jalil dengan jaringan 2 gol tanpa balas.

Kejayaan itu menamatkan penantian 32 tahun skuad bola sepak ibu kota ituu menjuarai Piala Malaysia setelah kali terakhir memenangi pada 1989. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN