PETALING JAYA: Sime Darby Berhad melaporkan keuntungan bersih yang lebih rendah sebanyak RM236 juta untuk suku pertama berakhir 30 September 2021 berikutan operasi perindustrian di China menyerap kesan kelembapan dalam pembinaan aktiviti pada suku tersebut. Pendapatan dalam tempoh sama adalah 1.9 peratus lebih rendah kepada RM10.67 bilion, berbanding RM10.88 bilion pada suku pertama 2021. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Jeffri Salim Davidson berkata, China adalah sebahagian besar daripada hasil dan…