RTM Klik diakses di luar negara, tunggu kenyataan KP Penyiaran - Utusan Malaysia

RTM Klik diakses di luar negara, tunggu kenyataan KP Penyiaran

FAHMI Fadzil (tengah) semasa menghadiri program di Kota Bharu, Kelantan hari ini-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Dakwaan perlawanan Piala Dunia yang ditayang secara percuma menerusi aplikasi RTM Klik dapat diakses di luar negara akan dijawab oleh Ketua Pengarah Penyiaran, Ashwad Ismail dalam masa terdekat.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, beliau sudah meminta Ashwad mengeluarkan kenyataan penuh mengenai isu tersebut.

“Ya, saya telah bawa perkara tersebut kepada perhatian Ketua Pengarah Penyiaran dan saya telah minta beliau untuk mengeluarkan kenyataan penuh mengenai isu ini,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengerusi Panel Penasihat Pusat Sebaran Maklumat Nasional (Nadi) Bagi Negeri Kelantan di sebuah hotel di sini hari ini.

Mengulas cadangan untuk menggunakan MyKad sebagai langkah menyekat akses RTM Klik di luar negara, beliau berkata, perkara tersebut turut dibincangkan dan menyerahkan kepada Ashwad untuk membuat kenyataan penuh.

Terdahulu, tular seorang rakyat Malaysia yang juga pempengaruh memuat naik video menunjukkan bahawa aplikasi RTM Klik dapat diakses di televisyen pintar di dalam bilik sebuah hotel sewaktu bercuti di Indonesia.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN