SEPANG: Kerajaan memperuntukan sejumlah RM1.756 bilion untuk negeri Selangor di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12). Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, peruntukan untuk 2022 itu adalah bagi membiayai projek sambungan dan projek baharu aset-aset kerajaan. Beliau berkata, sebanyak RM1.684 bilion daripada peruntukan itu melibatkan projek sambungan manakala baki RM72 juta adalah untuk projek baharu. “Peruntukan untuk projek sambungan termasuk untuk menaik taraf jalan raya, pembinaan…










