Ranhill catat hasil lebih rendah pada suku ketiga - Utusan Malaysia

Ranhill catat hasil lebih rendah pada suku ketiga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ranhill Utilities Berhad (Ranhill) mencatatkan hasil sebanyak RM380.6 juta untuk suku ketiga (S3) berakhir 30 September 2021, lebih rendah berbanding RM385.5 juta yang direkodkan pada suku sama tahun lalu.

Ranhill mencatatkan keuntungan sebelum cukai dan zakat (PBTZ) sebanyak RM28.1 juta bagi suku tersebut berbanding RM39.4 juta tempoh sama tahun lalu.

Keuntungan selepas cukai (PAT) syarikat sebanyak RM17.9 juta berbanding RM23.8 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

“Bagi sembilan bulan berakhir 30 September 2021, syarikat merekodkan hasil sebanyak RM1.11 bilion berbanding RM1.12 bilion dalam tempoh yang sama 2020, manakala PBTZ didaftarkan pada RM75.7 juta berbanding RM105.4 juta.

“Ranhill mencatatkan PAT sebanyak RM44.1 juta untuk sembilan bulan tahun kewangan 2021, berbanding RM71.9 juta dalam tempoh sama tahun sebelumnya,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Ranhill, berasaskan segmen, perniagaan alam sekitar menjana pendapatan sebanyak RM870.7 juta untuk tempoh sembilan bulan, berbanding RM884.0 juta dalam tempoh yang sama 2020 dengan sumbangan PAT
sebanyak RM112.5 juta berbanding RM125.1 juta.

Perniagaan perkhidmatan pula menyumbang sebanyak RM81.8 juta kepada hasil berbanding RM38.0 juta, dengan sumbangan PAT sebanyak RM10.6 juta berbanding RM9.3 juta tahun sebelumnya.

Perniagaan tenaga menjana pendapatan berjumlah RM157.4 juta berbanding RM200.6 juta, dengan sumbangan PAT RM1.3 juta berbanding RM9.9 juta, jelasnya.

“Ranhill akan terus meneroka peluang untuk mempelbagaikan segmen perniagaan syarikat.

“Selepas berjaya membida untuk penjanaan tenaga solar fotovoltaik 50MWa.c kemudahan di bawah fasa solar berskala besar 4 (LSS4), syarikat kini menyasarkan untuk mengambil bahagian dalam bidaan LSS5 yang akan datang dan melihat pengembangan perniagaan ini sebagai langkah betul ketika syarikat meneruskan pembangunan tenaga boleh diperbaharui yang menyumbang kepada peralihan tenaga Malaysia kepada lebih bersih dan hijau.

“Ranhill juga sedang mencari peluang di Indonesia di mana permintaan tenaga diunjurkan berkembang sebanyak 5 peratus pada 2050,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×