fbpx

28 Januari 2022, 7:30 pm

  TERKINI

Kuah pecal keluaran Pewaris Rasa, sedap, dapat sambutan

SITI Mohammed Timiati bersama produk yang dijual.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pengusaha Pewaris Rasa Enterprise, Siti Mohammed Timiati, 40, asalnya mengambil cabaran memperkenalkan kuah pecal siap dimakan di tapak Bazar Ramadhan Jalan Raja Mokhtar Kapar, Klang sekitar 2015.

Dia yang juga Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), kemudiannya tidak menyangka kuah pecal istimewa yang dihasilkan mendapat sambutan menggalakkan kerana ia memudahkan penggemar pecal untuk menikmati makanan itu pada bila-bila masa, selain rasanya yang sedap.

“Kuah pecal ini saya jual dalam pek 250 gram (gm) pada harga RM12. Saya juga ada menjual bawang merah dan bawang putih goreng. Kedua-duanya saya jual pada harga RM14.50 sebotol,” katanya yang berani mempelbagaikan produk jualan.

Menurutnya, untuk produk bawang merah dan bawang putih goreng dia menggunakan modal yang dipinjam melalui AIM.

Bagi anda yang ingin menikmati kuah pecal dan bawang goreng istimewa keluaran Sahabat AIM ini boleh kunjungi Facebook Pecal House dan Instagram, pecalhouse atau hubungi
012-332 8028.

——————————————————————————————————————

ROSDONI Rashid bersama produk Easykurve.

Minuman pelangsing badan Easykurve guna bahan semula jadi

Pengalaman mengikuti jaringan perniagaan selama 10 tahun mendorong Rosdoni Rashid, 40, menghasilkan minuman melangsingkan badan menerusi jenama, Easykurve.

Kata pengasas Rosedonnie Beauty Empire itu, minuman yang diketengahkan sejak tiga tahun lalu itu didatangkan dalam dua pilihan iaitu vanila coklat dan cappuccino.

Dia yang juga Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) berkata, minuman itu dihasilkan menggunakan bahan-bahan semula jadi seperti coklat hitam, acai berry, raspberry, vanilla, dan daun teh hijau.

“Minuman ini mudah untuk dinikmati individu yang ingin menjimatkan masa kerana pengguna hanya perlu membancuh bersama air panas atau air sejuk.

“Pengambilan Easykurve adalah selamat kerana ada sokongan daripada Kementerian Kesihatan (KKM) dan dijamin halal,” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.

Untuk tempahan, kunjungi Facebook Noni’ie Noni dan Instagram Rosedonnie Nonie85 atau hubungi 019-833 8594.

——————————————————————————————————————-

ROSMAWATI Mohamed menunjukkan roti jala berhias dihasilkannya yang semakin mendapat sambutan pelanggan.

Roti jala berhias dapat sambutan

Minat dalam menghasilkan juadah tradisional mendorong peniaga kuih, Rosmawati Mohamed, 57, untuk menginovasikan roti jala berhias dengan rona berwarna-warni bukan sahaja memikat pandangan tetapi enak dinikmati.

Usaha Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) itu membuahkan hasil apabila hampir 500 roti jala berhias dihasilkan mendapat sambutan dan tempahan yang memberangsangkan.

Katanya, selain gabungan kreativiti, roti jala dihasilkan juga memberikan keenakan rasa lemak dan lembut dalam setiap gigitan membuatkan set roti jalanya laris.

“Saya seronok mengubah suai reka bentuk roti jala supaya nampak lebih menarik dan sesuai dijadikan hantaran, juadah hari lahir dan majlis korporat.

“Set Roti Jala Berhias dihasilkan ini dijual antara RM40 hingga RM70 bergantung pada hiasan dan padanan gulai atau serawa durian, mengikut kehendak pelanggan.

“Ada kalanya, saya terpaksa mengehadkan tempahan memandangkan saya tiada pembantu dan tidak mahu mengecewakan pelanggan,” katanya.

Untuk tempahan, kunjungi Facebook dan Instagram Rosmawati Mohamed atau hubungi 010-4448972.

—————————————————————————————————————————-

MAYZA Muhammad Nasir bersama produk salmon perap sejuk, Salmon Perap Madu Padu dihasilkannya.

Keenakan salmon perap madu padu sejuk beku

Bekas pemandu van sekolah, Mayza Muhammad Nasir, 41, sama sekali tidak menyangka pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memaksa dirinya untuk cari jalan baharu berkecimpung dalam perniagaan salmon perap sejuk beku.

Kata Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) itu, salmon perap sejuk beku diketengahkan sejak tahun lalu, Salmon Perap Madu Padu mewah dengan rasa manis pedas sesuai untuk dinikmati seisi keluarga.

“Sejak PKP lalu, saya terpaksa menghentikan seketika perkhidmatan van sekolah yang dikendalikan sejak lebih 10 tahun. Namun, saya tidak menyangka, cubaan untuk menjual Salmon Perap Madu Padu mendapat sambutan.

“Lebih 50 bekas salmon perap sejuk beku dijual pada harga RM15 seberat kira-kira 450 gram (gm) sebekas. Ia sangat berbaloi, selain mudah untuk dinikmati.

“Sekiranya tempahan di sekitar kawasan Kajang, saya akan hantar sendiri, namun bagi luar kawasan saya gunakan perkhidmatan penghantaran dan kos ditanggung oleh pelanggan,” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.

Untuk tempahan Salmon Perap Madu Padu, hubungi 017-2519144.

Untuk mengetahui skim pembiayaan perniagaan yang disediakan oleh Amanah Ikhtiar Malaysia, sila layari: www.aim.gov.my/perkhidmatan – UTUSAN

POPULAR

KOSMO! TERKINI