PETALING JAYA: Sunway Property melancarkan empat projek pembangunan baharu menerusi kempen “Always With You 2021” yang dirancang bagi menyesuaikan kehidupan norma baharu. Projek-projek tersebut adalah Sunway Artessa, Sunway d’hill, Sunway Velocity TWO Tower D dan Sunway Belfield Tower C berjumlah RM1.8 bilion dalam nilai pembangunan kasar (GDV). Pengarah Eksekutif Wilayah Tengah, Chong Sau Min berkata, kesemua pelancaran baharu itu merangkumi pertimbangan reka bentuk lestari yang memberikan perkembangan yang disokong kemudahan…










