Pengurangan kemudaratan tembakau bantu perokok tegar berhenti merokok - Utusan Malaysia

Pengurangan kemudaratan tembakau bantu perokok tegar berhenti merokok

DR. ARIFIN FII
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Dianggarkan 27,000 rakyat Malaysia dilaporkan mati akibat tabiat merokok walaupun pelbagai inisiatif telah dilakukan kerajaan bagi menyedarkan masyarakat akan bahaya merokok.

Dilaporkan, dalam tempoh tujuh tahun, seramai 73,836 perokok menyertai program berhenti merokok di negara ini tetapi hanya 16,930 atau 23 peratus individu berhenti daripada kegiatan berkenaan dalam tempoh enam bulan.

Justeru, dengan menggunakan pendekatan pengurangan kemudaratan tembakau atau Tobacco Harm Reduction (THR) dan beralih kepada produk alternatif seperti rokok elektronik yang kurang mudarat, dapat membantu mengurangkan pengambilan tembakau sekali gus mendorong mereka berhenti merokok.

Menurut doktor yang berpengalaman hampir 30 tahun dalam rawatan ketagihan, Dr. Arifin Fii, pendekatan itu diyakini dapat memberi peluang untuk menambah baik kesihatan awam dalam kehidupan masyarakat yang menggunakan rokok tradisional dan tidak boleh atau tidak mahu berhenti merokok.

“Langkah pertama memanfaatkan pendekatan ini ialah kesedaran terhadap produk ini adalah kurang mudarat dan ia memainkan peranan membantu perokok tegar berhenti merokok dan beralih kepada produk yang kurang mudarat.

“Pelbagai kajian di seluruh dunia mendapati bahawa produk seperti rokok elektronik kurang mudarat berbanding rokok tembakau dan mempunyai keberkesanan untuk membuat perokok berhenti merokok. Ini adalah fakta yang tidak boleh disangkal,” katanya.

Selain itu, beliau yang mempunyai latar belakang dalam bidang pediatrik dan pembedahan berkata, pendekatan lain boleh dilakukan dengan memperkenalkan peraturan-peraturan berkaitan rokok yang berbeza dengan produk rokok tembakau.

Jelasnya, hal itu bagi membolehkan perokok tegar mendapatkan akses kepada produk yang kurang mudarat untuk membantu mereka sepanjang perjalanan dalam usaha berhenti merokok seperti di New Zealand yang telah memperkenalkan undang-undang berkaitan dengan tujuan mempromosi rokok elektronik sebagai gentian rokok tradisional.

“Tumpuan harus diletakkan bagi memastikan undang-undang berkenaan dapat membolehkan langkah mengurangkan kemudaratan diambil dengan risiko berkadar dan memastikan perlindungan untuk kanak-kanak dilaksanakan dengan lebih berkesan.

“Saya berpandangan bahawa produk yang telah dikurangkan kesan mudaratnya tidak bermaksud tiada risiko langsung, walaupun ada sedikit risikonya daripada penggunaan tembakau.

“Oleh itu, ia harus menjadi tajuk perbincangan untuk dasar dan langkah-langkah kawalan berkesan bagi memastikan keselamatan penggunaan produk seperti ini tanpa menjejaskan kemampuan dan ketersediaan orang ramai, dengan tujuan menggantikan rokok kesemuanya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.