MGB lancar rumah mampu milik bawah projek Rumah Selangorku Idaman MBI

MGB lancar rumah mampu milik bawah projek Rumah Selangorku Idaman MBI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: MGB Berhad (MGB), anak syarikat LBS Bina Group Berhad, yang terlibat dalam pembinaan dan pembangunan hartanah, hari ini mengumumkan pelancaran rasmi Idaman BSP di Bandar Saujana Putra (Idaman BSP), yang merupakan pelancaran pertama daripada keseluruhan enam projek Rumah Selangorku Idaman MBI.

Projek ini terdiri daripada 7,210-unit rumah mampu milik, yang akan menggunakan teknologi konkrit pra-tuang Sistem Binaan Berindustri MGB (IBS).

MGB, melalui jalinan usaha sama dengan PNSB Construction Sdn. Bhd. telah membentuk Konsortium PCSB-MGB dengan matlamat untuk membina rumah mampu milik Rumah Selangorku Idaman MBI di lokasi strategik yang dilengkapi kemudahan asas.

Rumah Selangorku Idaman MBI, terdiri dari Idaman BSP (Bandar Saujana Putra), Idaman KITA (Cybersouth), Idaman Perdana (Alam Perdana), Idaman Cahaya (Shah Alam), Idaman Sari (Puchong) dan Idaman Melur (Cybersouth), merupakan kediaman bertingkat tinggi yang bermula daripada RM250,000 dengan 3 bilik dan 2 bilik air berukuran minimum binaan bermula daripada 1,000 kaki persegi bagi setiap unit. Unit tersebut juga dilengkapi dengan 2 parkir kereta, 3-unit penyaman udara, 1-unit televisyen dan kabinet televisyen, kabinet dapur, 3 buah almari, peti sejuk dan 2-unit pemanas air.

Idaman BSP terletak di Bandar Saujana Putra yang sedang berkembang pesat dengan kemudahan akses ke bandar dan lebuh raya utama di samping berhampiran dengan Cyberjaya dan Puchong di mana rangkaian kemudahan asas telah tersedia di sini seperti balai polis, hospital, balai bomba, sekolah dan pusat membeli belah.

MGB turut merancang untuk melancarkan 5 lagi projek Rumah Selangorku Idaman MBI menjelang tahun 2022.

Rumah Selangorku Idaman MBI adalah inisiatif yang dilancarkan oleh kerajaan negeri Selangor untuk menyediakan rumah mampu milik kepada mereka yang layak.

Lim Hock San

Di bawah inisiatif ini, warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas dengan pendapatan isi rumah antara RM 3,001 – RM 10,000 sebulan dan pembeli rumah kali pertama di Selangor boleh
membuat permohonan.

Naib Pengerusi Eksekutif Kumpulan MGB. Tan Sri Lim Hock San berkata: “Kami berbesar hati untuk melancarkan projek Idaman BSP pada suku ke 4 2021 dan menyokong matlamat kerajaan negeri Selangor untuk membina 30,000 rumah mampu milik menjelang tahun 2025.

“Bertepatan dengan keadaan pandemik yang semakin pulih, ini merupakan masa yang ideal untuk melakukan pelancaran projek ini. Kami berterima kasih atas kepercayaan yang diberikan oleh kerajaan Negeri untuk melaksanakan projek-projek ini dan memberi tumpuan khusus ke atas kualiti, kecekapan serta menepati jadual yang telah ditetapkan bagi memastikan kelancaran semua pembinaan projek Rumah Selangorku Idaman MBI ini.

“Kami telah banyak melabur dalam sistem IBS dan menaik taraf kilang IBS kami untuk meningkatkan kapasiti kepada 6,000-unit IBS setiap tahun. Ini sejajar dengan matlamat kami untuk menjadi pembina perumahan terkemuka melalui sistem IBS kami. Dalam  mengorak langkah ke masa hadapan, MGB bersedia untuk membina lebih banyak projek Rumah Selangorku Idaman MBI untuk memastikan pengisian tempahan rumah kami secara berterusan bagi tahun-tahun kewangan akan datang. Masa hadapan dilihat cerah bagi MGB seiring dengan perkembangan pemulihan ekonomi,” tambah beliau.

Untuk maklumat lanjut mengenai projek Rumah Selangorku Idaman MBI, sila layari https://mgbgroup.com.my atau hubungi 1700-81-9091.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.