[Laporan Ekonomi] Nisbah hutang KDNK dijangka stabil 2026 - Utusan Malaysia

[Laporan Ekonomi] Nisbah hutang KDNK dijangka stabil 2026

TAHAP keberhutangan negara diunjur semakin berkurangan selaras dengan pertumbuhan ekonomi yang semakin kukuh. -GAMBAR HIASAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Nisbah keseluruhan hutang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK diunjurkan pada sekitar 65 peratus bagi tahun ini dan dijangka stabil sekitar 64 peratus pada 2026 manakala keperluan pembiayaan kasar dianggar kepada 13.8 peratus kepada KDNK tahun ini dan dijangka berkurang kepada 7.1 peratus pada 2026. 

Menurut Tinjauan Fiskal dan Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2022 yang dikeluarkan Kementerian Kewangan, unjuran tersebut masih di bawah tanda aras Analisis Kemampanan Hutang (DSA) iaitu 70 peratus kepada KDNK dan keperluan pinjaman kasar iaitu 15 peratus. 

“Senario ini adalah berdasarkan andaian makro-fiskal dengan purata tahun ini sehingga 2026 iaitu pertumbuhan KDNK Benar dengan 5.1 peratus setahun, inflasi dengan 2.1 setahun, baki primer dengan -2.1 peratus KDNK dan kadar faedah efektif dengan 4.3 peratus,” kata laporan itu. 

Laporan tersebut juga menyatakan, selain senario unjuran dasar, DSA juga mensimulasikan senario alternatif untuk menganjurkan nisbah hutang dan keperluan pembiayaan kasar berdasarkan senario baki primer tidak berubah dan senario trend terdahulu.

“Senario baki primer tidak berubah mengandaikan baki primer fiskal akan kekal tanpa pelaksanaan langkah konsolidasi fiskal dalam jangka masa sederhana, maka tahap hutang dijangka mencecah 74.4 peratus kepada KDNK menjelang 2026 melebihi tanda aras DSA iaitu 70 peratus manakala keperluan pembiayaan kasar juga meningkat kepada 13.8 peratus kepada KDNK tahun ini dan dijangka berkurang kepada 10.6 peratus pada 2026. 

“Senario trend terdahulu pula mengandaikan trend terdahulu pemboleh ubah makro-fiskal akan kekal dalam tempoh unjuran dengan nisbah hutang kepada KDNK diunjur akan sedikit melebih tanda aras DSA pada 2026 iaitu 70.7 peratus manakala keperluan pembiayaan kasar dijangka berkurang kepada sekitar 9 peratus kepada KDNK pada 2026,” demikian menurut laporan itu. 

Berdasarkan laporan itu, terdapat enam senario kejutan berdasarkan analisis sensitiviti yang menunjukkan tahap keberhutangan kerajaan dalam pelbagai situasi kejutan seterusnya memberi panduan dalam merangka langkah mitigasi sebelum sebarang kejutan berlaku. 

“Bagi senario kejutan terhadap baki primer, andaian defisit primer lebih tinggi iaitu pada paras 3.6 peratus dan 2.7 peratus kepada KDNK bagi 2022 dan 2023, nisbah hutang kepada KDNK dijangka melonjak kepada 66.7 peratus pada 2023 dan berkurang secara beransur-ansur kepada 65.6 peratus menjelang 2026 manakala keperluan pembiayaan kasar akan berkurang kepada 7.4 peratus menjelang 2026. 

“Bagi senario kejutan terhadap pertumbuhan KDNK benar, andaian pertumbuhan lebih prlahan kepada 2.5 peratus dan 1.9 peratus pada 2022 dan 2023, paras hutang dijangka mencecah paras tertinggi iaitu 73.6 peratus kepada KDNK pada 2023 dan kekal tinggi pada 2026. 

Bagi senario kejutan terhadap kadar faedah benar, andaian kenaikan pada purata 110 mata asas setiap dari 2023 hingga 2026, nisbah hutang kepada KDNK akan melebihi tanda aras DSA pad Taitu 70.2 peratus dan keperluan pembiayaan kasar juga diunjurkan lebih tinggi berbanding dengan senario kejutan lain pada 2024 hingga 2026 iaitu antara 9 peratus dan 11 peratus kepada KDNK. 

“Bagi senario Kejutan terhadap kadar tukaran mata wang, andaian kadar meningkat 30 peratus berbanding andaian unjuran dasar pada 2022, nisbah hutang dijangka mencatat purata 61.7 peratus kepada KDNK sepanjang tahun unjaran dan keperluan pembiayaan kasar akan terus berkurang daripada 11.8 peratus kepada KDNK pada 2022 kepada 6.8 peratus menjelang 2026. 

“Bagi senario kombinasi semua kejutan, andaian andaian kesemua kejutan makro-fiskal ini berlaku serentak pada 2022 dengan paras hutang dijangka meningkat kepada 75.3 peratus kepada KDNK pada 2023 dan melonjak kepada 81.5 peratus menjelang 2026 iaitu jauh melebihi tanda aras DSA dan keperluan pembiayaan kasar dijangka kekal tinggi pada sekitar 12 peratus kepada KDNK sepanjang tempoh unjuran.

“Bagi senario kejutan liabiliti luar jangka, andaian menunjukkan Kerajaan Persekutuan perlu menyediakan peruntukan tambahan sekitar kepada 13 peratus kepada KDNK untuk menanggung liabiliti luar jangka, nisbah hutang akan terus meningkat kepada 82.6 peratus dengan keperluan pembiayaan kasar juga meningkat kepada 26.9 peratus pada tahun yang sama,” demikian kata laporan itu. 

Menurut laporan itu, seperti yang digambarkan kejutan baki primer dan kadar tukaran benar memberi pendedahan risiko yang rendah kepada hutang dan keperluan pembiayaan kasar Kerajaan Persekutuan, namun kejutan pertumbuhan KDNK benar dan kadar faedah benar mengakibatkan pendedahan risiko sederhana kepada paras hutang manakala kejutan liabiliti luar jangka mengakibatkan pendedahan risiko sederhana kepada paras hutang dan keperluan pembiayaan kasar. 

Berdasarkan penilaian, perubahan tahunan dalam hutang jangka pendek dan keperluan pembiayaan luar juga mendedahkan profil hutang negara kepada risiko yang tinggi, namun ketersediaan aset luar yang mencukupi dapat digunakan untuk menangani risiko tersebut. 

“Dari segi persepsi pasaran, Malaysia dinilai sebagai berisiko rendah kerana purata spread antara bon jangka panjang Malaysia dan Amerika Syarikat adalah lebih rendah berbanding tanda aras bawah kategori spread bon, maka ini menunjukkan pelabur kekal yakin terhadap instrumen hutang negara. 

“Secara keseluruhannya, simulasi DSA menunjukkan peningkatan sensitiviti hutang kerajaan jika berlaku sebarang kejutan yang mengehadkan ruang fiskal, kemampuan membuat pinjaman tambahan, bayaran khdimat hutang yang tinggi dan mengekang keupayaan kerajaan menyediakan peruntukan perbelanjaan lain, maka kerajaan komited pendirian yang digariskan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN