IJM Land tampil kediaman gaya resort - Utusan Malaysia

IJM Land tampil kediaman gaya resort

LAKARAN artis projek Sierra Hijauan yang bakal dibangunkan oleh IJM Land.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: IJM Land tampil dengan pelancaran fasa baharu, Fasa 2D bagi pembangunan kediaman gaya resort, Sierra Hijauan terletak di Sierra Ukay, Ampang.

Menurut IJM Land, lokasi berhampiran hutan simpan Ampang membolehkan penghuni Sierra Hijauan menikmati kedamaian daripada kesibukan kota, meskipun ia berada tidak jauh iaitu hanya kira-kira 15 kilomter dari pusat bandar Kuala Lumpur.

Jelasnya, pembangunan Fasa 2D Sierra Hijauan menawarkan 80 unit vila bersambung dua tingkat di atas tanah seluas 2.5 hektar dan didatangkan dalam tiga saiz tanah, kawasan binaan dan susun atur berbeza.

“Kesemua unit fasa baharu pembangunan mewah itu menjanjikan reka bentuk dan rekaan dalaman yang luas dan premium, sekali gus melengkapkan pelbagai kemudahan yang ada dalam pembangunan.

“Ia selanjutnya mendorong gaya hidup keluarga yang ideal untuk profesional berpengalaman dengan keluarga yang sedang berkembang dan mereka yang inginkan gaya hidup mewah. Sebagai antara alamat paling mewah di Ampang, Sierra Hijauan adalah jawapan kepada kekurangan bekalan pembangunan berpagar dan komuniti berpagar yang baru dibangunkan di daerah itu,” katanya dalam kenyataan.

Dengan anggaran nilai pembangunan kasar (GDV) berjumlah RM105.96 juta, Fasa 2D akan menjadi pembangunan mewah dan berkepadatan rendah yang dicari oleh keluarga sedang berkembang mencari rumah lebih luas.

Dijangka siap menjelang Ogos 2024, projek pembangunan itu termasuk villa berangkai dengan tiga susun atur berlainan pada harga bermula dari RM1.15 juta hingga RM1.68 juta.

“Selain memiliki kediaman baharu, penduduk juga dapat menikmati lebih 20 kemudahan untuk gaya hidup yang mudah dan senang. Kemudahan tersedia termasuk kolam renang, trek joging, taman permainan kanak-kanak, refleksologi, taman teres, kawasan berkelah dan BBQ. Penduduk juga dapat menikmati dek meditasi, denai alam dan kawasan yoga,” katanya.

Sierra Hijauan dihubungkan dengan lebuh raya utama seperti Jalan Lingkaran Tengah Kuala Lumpur 2 (MRR2), Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE), Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Jalan Ampang, Lebuhraya Karak dan akan datang Lebuhraya Lembah Klang Timur (EKVE). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN