[Laporan Ekonomi] Hutang isi rumah RM1.33 trilion - Utusan Malaysia

[Laporan Ekonomi] Hutang isi rumah RM1.33 trilion

SEBAHAGIAN besar hutang bertujuan untuk pengumpulan kekayaan seperti hartanah kediaman. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram


Jumlah keseluruhan hutang isi rumah berjumlah RM1,335 bilion berbanding jumlah aset isi rumah RM2,900.5 bilion pada akhir Jun 2021.

Menurut Laporan Laporan Tinjauan Fiskal dan Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2022, nisbah hutang isi rumah kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) telah berkurang kepada 89.6 peratus berikutan pemulihan pertumbuhan ekonomi dalam separuh pertama 2021.

“Sebahagian besar hutang bertujuan untuk pengumpulan kekayaan seperti hartanah kediaman (57.3 peratus), hartanah bukan kediaman (enam peratus) dan pembelian sekuriti (5.3 peratus).

“Daya tahan keseluruhan sektor isi rumah terus disokong oleh median nisbah servis hutang (DSR) yang berhemat dan penampan kwangan yang mencukupi,” katanya.

Laporan terbabit menyatakan, hal itu terbukti menerusi aktiviti pemberian pinjaman yang disokong oleh piawaian pengunderaitan dan penilaian kemampuan pinjaman yang berpatutan oleh bank.

Melangkah ke hadapan, tahap hutang isi rumah akan terus dipantau secara teliti. Sebarang usaha bagi menentu ukur semula langkah kehematan makro bergantung kepada peningkatan risiko pasaran pasaran risiko pasaran harta tanah dan keberhutangan isi rumah, jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN