PETALING JAYA: Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), pengedar tunggal jenama Ford di Malaysia, menawarkan pakej servis percuma dua tahun kepada pelanggan baharu model Ranger Wildtrak dan XLT Plus terpilih, sementara stok masih ada.
SDAC-Ford baru-baru ini turut memperkenalkan Pakar Ford Ranger yang menyediakan khidmat jualan lebih peribadi dan lancar, bagi meningkatkan perkhidmatan pelanggannya.
Pengarah Urusan SDAC, Turse Zuhair berkata, syarikat sentiasa berinovasi dalam mencari jalan memberikan nilai yang lebih baik kepada pelanggan dan memberikan kelegaan kepada mereka dalam waktu mencabar ini.
“Konsultasi secara maya bukan sahaja memastikan keselamatan pelanggan semasa pandemik, malahan ia meningkatkan pengalaman yang lebih peribadi dan keselesaan yang diinginkan oleh pelanggan,” katanya dalam kenyataan.
SDAC memberitahu, untuk pelanggan yang inginkan perincian bertaraf tinggi yang baharu serta ciri keselamatan unggul yang tiada pada segmen pikap, Ranger WildTrak adalah pilihan yang tepat.
Jelasnya, ia datang dengan pelbagai teknologi keselamatan pintar termasuk ciri-ciri unggul untuk sebuah trak pikap seperti Brek Kecemasan Berautonomi dengan Pengesan Kenderaan dan Pejalan Kaki, Amaran Perlanggaran Depan dan Amaran Keluar Laluan dan Parkir Selari Separa Automatik.
“WildTrak dilengkapi dengan enjin 2.0L Bi-Turbo dipadankan dengan transmisi automatik 10-kelajuan yang yang menghasilkan tenaga 213 PS dan daya kilas setinggi 500Nm.
“Ford Ranger XLT Plus menampilkan enjin 2.0L Single Turbo yang menghasilkan tenaga 180PS dan daya kilas setinggi 420Nm. Dilengkapi dengan ciri-ciri kemudahan seperti kunci pintar dengan butang push-start dan Pintu Kargo Belakang Mudah-Angkat yang amat sesuai untuk tugas dan aktiviti lasak,” katanya.
Tambahnya, seperti kesemua model Ranger yang lain, WildTrak dan XLT Plus dilindungi waranti pengeluar lima tahun Ford atau 160,000 kilometer, yang mana dahulu.
SDAC ialah anak syarikat milik penuh Sime Darby Motors. Memulakan operasi sejak April 2008, SDAC menjadi pengedar tunggal kenderaan Ford di Malaysia. – UTUSAN










