Proton perkenal Iriz, Persona 2022 baharu - Utusan Malaysia

Proton perkenal Iriz, Persona 2022 baharu

IRIZ ACTIVE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Proton melancarkan model baharu Proton Iriz dan Persona 2022, menawarkan reka bentuk terkini dengan ciri-ciri yang telah diperbaharui.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Roslan Abdullah, Proton Iriz dan Persona telah berjaya memenangi hati ramai peminat sejak ia diperkenalkan.

Beliau berkata, perubahan yang diperkenalkan mengambil kira cita rasa mereka.

“Perubahan reka betuk serta penambahan model ‘Active’ baharu bagi Proton Iriz telah meningkatkan daya tarikannya, manakala perubahan pada dalaman dan sistem infotainment akan memberikan keselesaan dan penghubungan yang lebih baik sambil mengekalkan pengalaman pemanduan Proton yang amat terkenal,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Proton, perubahan luaran bermula dengan bampar reka bentuk baharu dan gril corak ‘Infinite Weave’ dan “Ethereal Bow’ yang telah dikemaskan.

Pada Proton Iriz, ia diberi profil baharu, dan ditampilkan dalam warna merah, manakala Persona diberikan sentuhan warna krom bagi menonjolkan lagi logo Proton yang terbaharu.

Penampilan bagi semua model 2022 juga termasuk lampu hadapan LED yang mempuyai fungsi automatik tutup/buka. Reka bentuk dilengkapi dengan roda aloi bersaiz 16 inci, bumbung hitam dan lampu gabungan belakang baharu.

Penambahan varian ‘Active’ kepada barisan model Proton Iriz memberinya penampilan yang lebih bergaya dan ‘sporty’, jelas Proton.

Katanya, bahagian luaran diberi bampar berlainan dengan sentuhan baharu pada keseluruhan bentuk bahagian badan dari bampar hadapan sehingga ke bampar belakang. Sentuhan penamat bahagian luaran diberikan oleh bumbung hitam dan rel bumbung baharu.

PERSONA PREMIUM

Proton Iriz 2022 didatangkan dalam tiga varian iaitu 1.3L Standard CVT, Iriz 1.6L Executive CVT, dan Iriz 1.6L Active CVT. Bagi Persona pula, ia didatangkan juga dalam tiga varian iaitu Persona 1.6L Standard CVT, 1.6L Executive CVT dan 1.6L Premium CVT.

Jelas Proton, warna baharu yang diperkenalkan adalah ‘Citric Orange’ dan ‘Passion Red’ untuk Proton Iriz 2022 dan ‘Space Grey’ untuk Proton Persona 2022 memberikan penampilan lebih muda bagi setiap kereta.

“Perubahan paling ketara pada bahagian dalaman Proton Iriz dan Persona 2022 adalah penambahan unit infotainment 8-inci terapung dengan fungsi arahan suara yang kini mampu mengawal penyaman udara dan tingkap sebelah pemandu.

“Dari segi keselamatan, dua-dua model ini telah menerima penarafan ASEAN NCAP sebanyak 5-bintang dan dilengkapi dengan ciri keselamatan yang komprehensif seperti struktur badan yang diperkuat menggunakan keluli Hot Press Formed (HPF) steel, Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC), Sistem Kawalan Traksi (TCS) dan Bantuan Pegun Bukit (HHA),” katanya.

Proton Iriz dan Persona 2022 terdapat untuk tempahan secara atas talian di www.proton.com.

Model tersebut dijual pada harga berikut:

– UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN