PETALING JAYA: OPPO melancarkan tambahan terbaharu dalam Siri Reno iaitu Reno6 Z 5G dan Reno6 5G yang dipadatkan dengan kebolehan penghasilan protet hebat.
Siri Reno6 5G meneruskan sasaran Reno untuk memberikan kehebatan pengimejan dan membawa pengalaman potret satu langkah ke hadapan dengan kebolehan kecerdasan buatan (AI) yang dipertingkatkan dan antara muka pengguna yang bersifat intuitif yang boleh merakam setiap emosi dengan tepat dalam sebuah potret.
Naib Presiden OPPO Malaysia, Garry Gong, cara menikmati hiburan telah berkembangan dengan peranti telefon pintar menjadi pilihan untuk mendapatkan hiburan harian.
Beliau berkata, OPPO berbangga kerana telah mencipta peranti yang padan dengan para pelanggan dengan penghasilan Siri Reno 5G.
“Siri Reno6 5G menggabungkan perkakasan hebat dengan perisian yang bersifat intuitif dan ciri-ciri yang memberikan pelanggan kami bukan sahaja kebolehan untuk menonton hiburan berkualiti tinggi secara mudah alih, malah menghasilkan sendiri rakaman yang sama hebatnya,” katanya dalam kenyataan.
Menurut OPPO, kedua-dua Reno6 Z 5G dan Reno6 5G menawarkan kebolehan merakan gambar dan video yang dilengkapi dengan algoritma pintar AI.
Kedua-dua peranti memiliki ciri tiga kamera di belakang, dilengkapi dengan kamera utama 64MP, dan kamera swafoto 32MP di hadapan.
Berdasarkan asas perkakasan ini, Reno6 Z 5G dan Reno6 5G mempunyai beberapa ciri potret video yang dikuasakan dengan AI iaitu video kecantikan potret dan penjejakan fokus.
“Potret Suar Bokeh boleh digunakan pada kedua-dua Reno6 Z 5G dan Reno6 5G. Dengan ciri ini, Reno6 Z 5G boleh merakam potret yang indah dengan kesan cahaya bokeh yang sama seperti kamera profesional.
“Sementara itu, Video Dwi-pandangan pada Reno6 Z 5G membolehkan pengguna untuk merakam dari kamera hadapan dan belakang secara serentak, dan hasilnya ada dua pandangan berbeza dapat dihasilkan dalam satu video,” katanya.
Kedua-dua peranti ini dilengkapi dengan 8GB RAM dan menyokong teknologi Penambahan RAM terbaru OPPO yang membolehkan 2GB/3GB/5GB daripada storan ROM untuk digunakan sebagai RAM sekiranya 8GB RAM yang diberikan tidak mencukupi.
Mengenai saiz bateri, Reno6 5G dilengkapi dengan 4,300mAh yang menyokong 65W SuperVOOC 2.0 dan Reno6 Z 5G dilengkapi dengan 4,310mAh yang menyokong
Pengecasan Kilat 30W VOOC 4.0.
Reno6 5G boleh dicas sehingga 100 peratus dalam masa 28 minit sahaja, dan Reno6 Z 5G memerlukan 49 minit untuk pengecasan penuh, jelasnya.
OPPO Reno6 Z 5G dan Reno6 5G didatangkan dengan harga RM1,699 dan RM2,399.
Pra-tempah bermula pada 5 hingga 13 Ogos ini. Pembelian pra-tempah layak menerima hadiah percuma bernilai sehingga RM779 termasuk OPPO Enco Buds (bernilai RM159), servis Cloud HeyTap selama setahun dengan Storan 1TB (bernilai RM343), Powerbank (bernilai RM99), Smart Tag (bernilai RM79) dan Bluetooth Speaker (bernilai RM99). – UTUSAN










