PETALING JAYA: Ekonomi Malaysia tumbuh 7.1 peratus pada separuh pertama 2021, namun krisis kesihatan yang berpanjangan boleh merencatkan momentum pemulihan beberapa bulan akan datang, lapor Jabatan Perangkaan. Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, imbangan akaun semasa (CAB) negara mencatatkan lebihan sebanyak RM14.4 bilion, melonjak 17.2 peratus daripada suku pertama 2021. Beliau berkata, lebihan itu sebahagianya didorong oleh prestasi barangan yang lebih bail serta defisit yang lebih rendah…