PETALING JAYA: Krisis politik yang terus berlaku di negara ini bakal memberi impak buruk kerana pelbagai rancangan dan pemulihan ekonomi yang penting terpaksa ditangguhkan sehingga kerajaan baharu terbentuk. Ini termasuk penangguhan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) yang sepatutnya diumumkan awal tahun lalu dan Belanjawan 2022 yang perlu dibentangkan secepat mungkin di tengah-tengah ketidakstabilan politik negara ini. Penganalisis Ekonomi UniKL Business School, Prof. Madya Dr. Aimi Zulhazmi Abdul Rashid menegaskan, kestabilan politik…










