Kicap Mahsuri enak, HALAL - Utusan Malaysia

Kicap Mahsuri enak, HALAL

KICAP keluaran Mahsuri dijamin halal dan enak, pastinya menambahkan kelazatan pada masakan anda.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Kesibukan bekerja terutama selepas arahan bekerja dari rumah akibat pandemik Covid-19 sudah tentu menyukarkan para ibu untuk menyediakan hidangan yang enak dan cepat untuk seisi keluarga.

Namun, jenama Mahsuri tampil memperkenalkan rangkaian kicap pelbagai perasa yang menjadi ‘sahabat’ di dapur supaya masakan yang dimasak lebih menyelerakan dan menjimatkan masa penyediaan.

Antara kicap keluaran Mahsuri adalah Kicap Manis, Kicap Lemak Manis dan Kicap Manis Pedas yang memenuhi selera seisi keluarga.

Mahsuri menegakkan falsafah menghasilkan makanan yang selamat dan berkualiti selain tidak membenarkan produk yang tidak menepati spesifikasi sampai ke tangan pelanggan.

Bagi mencapai matlamat tersebut, syarikat telah melaksanakan pelbagai langkah kawalan di sepanjang rantaian bekalan untuk menjaga keselamatan dan kualiti produk.

Proses tersebut bermula sebelum bahan mentah tiba di kilang lagi kerana pasukan teknikal akan menjalankan siri penilaian bagi memastikan pematuhan bahan dan audit pematuhan dengan pembekal agar para pembekal disahkan mematuhi piawaian peraturan syarikat dan peraturan negara yang berkenaan.

Sepanjang pengeluaran, Mahsuri mengaplikasikan proses pemantauan keselamatan makanan sendiri seperti rancangan pemantauan keselamatan makanan yang komprehensif serta memasang mesin pemeriksaan makanan termasuk perangkap magnet dan alat pengesan logam untuk mengelakkan barang asing termasuk ke dalam produk.

Dalam mendepani cabaran pandemik, syarikat tidak terkecuali daripada mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan dan sentiasa memastikan proses pengeluaran mematuhi kehendak dan peraturan makanan yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Produk Mahsuri telah mendapat pensijilan Hazard Analysis Critical Control Point (HACCP), Good Manufacturing Practise (GMP), MeSTI dan ISO 22000 yang membuktikan syarikat sentiasa proaktif mengambil semua langkah pencegahan yang perlu bagi mengelakkan berlakunya masalah daripada risiko yang dikenal pasti melalui pengurusan keselamatan makanan daripada peringkat penerimaan bahan mentah sehingga pengeluaran makanan di pasaran.

Mahsuri juga merupakan pemegang sijil halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang sah dan terbukti berhati-hati dalam setiap penggunaan bahan mentah untuk penghasilan produk-produk Mahsuri selain diperketat dengan Sistem Jaminan Halal (HAS) bagi memastikan kehendak halal sentiasa dipatuhi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya