PETALING JAYA: Kumpulan DRB-HICOM sedang mengambil langkah-langkah yang diperlukan untuk membentuk semula perniagaannya agar ia kekal kompetitif dalam persekitaran yang tidak dapat diramalkan. Jelas DRB-HICOM, sektor automotif masih kekal sebagai teras perniagaannya. “Dengan pelaksanaan PKP secara menyeluruh yang telah menyebabkan terhentinya penjualan kenderaan, Proton dan jenama kenderaan lain di dalam Kumpulan akan menumpukan usaha untuk menyusun semula rancangan penjualan mereka,” katanya dalam kenyataan sempena laporan kewangan suku kedua 2021. Menurut…










