PETALING JAYA: Boustead Holdings Berhad mengumumkan telah melepaskan pegangannya dalam Universiti Nottingham Malaysia (UNM) sebagai sebahagian daripada strategi Membina Semula Boustead. Menurut syarikat itu, pihaknya telah memasuki perjanjian jualan saham bersyarat dengan Universiti Nottingham, United Kingdom untuk melepaskan pegangan kawalannya sebanyak 66.41 peratus dan sebuah kampus si Semenyih, Selangor bernilai 23.5 juta pound sterling (kira-kira RM137 juta). Katanya, Universiti Nottingham kini menyasarkan untuk menjadi pemegang saham majoriti UNM dengan pembelian…










