PETALING JAYA: Petroliam Nasional Berhad (Petronas) mencatatkan pendapatan sebanyak RM109.6 bilion, meningkat 17 peratus pada separuh pertama 2021 daripada RM93.6 bilion tempoh sama tahun lalu. Menurut Kumpulan, peningkatan tersebut disebabkan oleh harga direalisasikan untuk produk utama dan jumlah jualan yang lebih tinggi terutamanya untuk gas asli cecair (LNG) dan gas jualan. Bagi suku dikaji, Pendapatan Sebelum Faedah, Cukai, Susut Nilai dan Pelunasan (EBITDA) Petronas berjumlah RM46.1 bilion, melonjak 57 peratus…