PETALING JAYA: vivo Malaysia (vivo) mengumumkan 12 pemenang untuk Peraduan Visi Fotografer 2021 yang dianjurkan bersama Festival Fotografi Kuala Lumpur (KLPF).
Pertandingan itu telah berjaya menerima sehingga 2,850 penyertaan gambar telefon pintar di seluruh negara dalam tempoh penyerahan selama sebulan.
Menurut syarikat teknologi itu, sebanyak 12 ciptaan luar biasa untuk empat kategori telah dipilih sebagai pemenang oleh panel hakim dari Vivo dan KLPF.
“Pemenang-pemenang bagi kategori Xplore the Nature adalah, HybridYang, Najmuddin Muif dan Bryan Poh. Sementara kategori Xplore the People dimenangi oleh, Kenji Ooi, Yih Chang dan Uzair Zulkifly.
“Bagi kategori Xplore the Raya pula dimenangi oleh Hazize Sam, Hafiq Harun dan Kit Kiat. Manakala, kategori Xplore the Night dinaungi oleh Zarnizar, Melvin Choong dan Jonathan Ooi,” katanya dalam kenyataan.
Ujarnya, setiap karya jurugambar yang mengagumkan menyampaikan kisah humanistik yang berbeza termasuk keindahan alam semula jadi serta keajaiban perayaan.
Jelasnya, vivo melancarkan kempen Pencipta Visual untuk mendorong pencipta visual negara mengekspreskan kreativiti dan diri melalui lensa mudah alih sempena keluaran siri terbaharu vivo X60, yang dikuasakan oleh lensa optik, ZEISS.
“Kini sesiapa sahaja boleh menjadi pencipta kerana telefon pintar menjadikan gambar lebih mudah untuk diambil berbanding sebelum ini.
“Peraduan itu memberi peluang untuk peminat fotografi berkongsi cerita dan perspektif mereka sambil meneroka pelbagai tema,” katanya.
Pada tahun lalu, Vivo telah bekerjasama dengan peneraju global optik dan opto-elektronik serta pelopor profesional dalam bidang pengimejan mudah alih, ZEISS, untuk bersama-sama mempromosi dan mengembangkan inovasi dalam pengimejan mudah alih.
Untuk mengetahui senarai pemenang, boleh layari laman sesawang rasmi Vivo, http://www.vivo.com/my/ atau Facebook, https://www.facebook.com/vivoMalaysia/ atau Instagram https://www.instagram.com/vivo_malaysia/ – UTUSAN










