SC pinda akta pasaran modal  - Utusan Malaysia

SC pinda akta pasaran modal 

Bagaimana Malaysia membangunkan pasaran ekuiti yang menekankan faktor kemampanan, antara tajuk perbincangan pada ekspo itu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Suruhanjaya Sekuriti (SC) mengumumkan beberapa pindaan kepada Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA) berkuat kuasa hari ini.

Menurut SC, pindaan tersebut yang dikuatkuasakan melalui perubahan kepada Jadual 6 dan 7 CMSA, telah memperluaskan kategori pelabur sofistikated.

Perluasan itu merangkumi individu dengan pelaburan bernilai RM1 juta dalam produk pasaran modal, sama ada secara sendiri atau melalui akaun bersama dengan pasangan mereka, Ketua Pegawai Eksekutif dan pengarah berlesen atau individu berdaftar di bawah CMSA dan syarikat-syarikat yang menguruskan dana syarikat berkaitan mereka dengan aset melebihi RM10 juta.

“Pindaan ini akan membolehkan lebih banyak pelabur memperluaskan pilihan pelaburan mereka manakala penerbit kini dapat meraih manfaat daripada kumpulan pelaburan sofistikated yang lebih besar,” katanya dalam kenyataan.

Tambah SC, pindaan kepada Jadual 6 dan 7 akan membolehkan Bursa Malaysia melaksanakan pendaftaran prospektus bagi Pasaran ACE berkuat kuasa 1 Januari 2022.

Jelasnya, setelah pemindahan fungsi pendaftaran tersebut yang kini dilakukan oleh SC, Bursa akan menjadi pusat sehenti untuk semua kelulusan berkaitan dengan penyenaraian di Pasaran ACE.

Sementara itu, Jadual 5 CMSA, yang menetapkan jenis cadangan korporat yang tidak memerlukan kelulusan SC, juga telah dipinda dengan memasukkan perkara berikut: 

* Penawaran bursa awal bagi aset digital melalui pengendali pasaran yang diiktiraf.

* Tawaran awam awal (IPO) atau penyenaraian silang saham-saham syarikat awam atau syarikat tersenarai di bursa saham di luar Malaysia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN