PETALING JAYA: Pengendali lebuh raya, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) terus menyalurkan bantuan tambahan kepada rakan niaga dan peniaga sementara di kawasan rehat dan rawat (R&R) kendaliannya menerusi pengurangan sewa selama tiga bulan bermula Ogos hingga Oktober depan bagi membantu mereka berdepan cabaran dalam tempoh pandemik ini. Ini termasuk pengecualian sewa bulanan untuk semua rakan niaga di R&R Gelang Patah (Arah Utara dan Selatan) susulan penutupan sementara sempadan Malaysia-Singapura. Menurut kenyataan,…










