PLUS jimat penggunaan 3 juta helaian kertas  - Utusan Malaysia

PLUS jimat penggunaan 3 juta helaian kertas 

AZMAN ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: PLUS Malaysia Berhad (PLUS) berjaya merekodkan penjimatan penggunaan sebanyak tiga juta helaian kertas dan 1,300 jam waktu kitaran pemproses, hasil pendigitalan 170 proses kerja sepanjang tahun lalu.

Digitalisasi merupakan antara usaha dan inovasi yang dilakukan oleh syarikat pengendali lebuh raya itu yang turut merekodkan penjimatan sehingga 25 peratus dalam penggunaan tenaga.

Malah, PLUS juga berjaya mencapai pengurangan pelepasan rumah gas hijau (GHG) yang ketara. Kesemua kejayaan PLUS itu terkandung dalam buku Laporan Kelestarian pertamanya yang dilancarkan melalui sesi Town Hall secara maya hari ini.

Laporan itu turut menunjukkan komitmen serta pencapaian PLUS dalam bidang kelestarian alam sekitar, sosial dan tadbir urus.

Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail berkata, sebagai pengendali lebuh raya terbesar di Malaysia, PLUS menyedari peranan pentingnya dalam menyokong kerajaan merealisasikan visi Smart Highway if the Future serta tanggungjawab terhadap alam sekitar dan masyarakat.

‘Menyedari hal ini, kami telah melaksanakan pelbagai inisiatif demi memastikan perjalanan yang lebih selamat dan selesa, di samping menjaga alam sekitar, bertanggungjawab secara sosial dan melaksanakan tadbir urus yang baik,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Azman, penerbitan laporan itu merupakan bukti komitmen PLUS untuk memberikan nilai-nilai lestari kepada semua pihak berkepentingan (stakeholder) bagi merealisasikan budaya ‘Menjaga Anda Dengan Baik, Di Sepanjang Perjalanan.’

Ketua Pegawai Operasi PLUS, Zakaria Ahmad Zabidi pula berkata, PLUS telah menerima Anugerah Tenaga Kebangssan 2020 bagi kategori Pengurusan Tenaga Bangunan Hijau 2020 bagi kategori Pengurusan Tenaga Bangunan Besar serta Naib Juara Anugerah Tenaga ASEAN (AEA) di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

“Laporan kami menggariskan langkah-langkah yang diambil untuk memnimumkan impak perubahan iklim bagi meingundi keselamatan penggan lebih raya kami.

“Berpandukan kepada Pelan Hala Tuju Hijau PLUS, laporan tersebut berkongsi aspirasi kami dalam mempercepatkan usaha demi kelestarian alam sekitar, termasuk pengurusan air dan sisa”, tambah beliau. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN