PETALING JAYA: Petronas Dagangan Berhad (PDB) telah mengembangkan Program Food Bank di lebih 400 stesen Petronas di seluruh negara bagi membantu lebih ramai rakyat yang terjejas akibat pandemik Covid-19. Program itu turut dibuka kepada individu, syarikat dan komuniti setempat yang prihatin serta ingin sama-sama membantu golongan yang terjejas akibat pandemik. Menurut PDB, setakat ini pihaknya telah memperuntukkan bekalan makanan bernilai RM600,000 untuk meluaskan program tersebut bagi mencapai lebih ramai penerima…










