MR. DOLLAR peruntuk 1,000 pek bantuan makanan sehari - Utusan Malaysia

MR. DOLLAR peruntuk 1,000 pek bantuan makanan sehari

KEMPEN MR. DOLLAR dalam mempergiatkan usaha kemanusiaan dengan menyokong projek Bendera Putih.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: MR. DOLLAR, anak syarikat MR D.I.Y. Group (M) Berhad menggiatkan usaha-usaha kemanusiannya dengan menyokong projek Bendera Putih melalui inisiatif #KibarkanBenderaKamiBantuSegera, bermula semalam hingga 14 Julai ini.

Melalui inisiatif itu, MR. DOLLAR akan mengagihkan 1,000 pek makanan setiap hari kepada rakyat Malaysia memerlukan bantuan yang tinggal dalam lingkungan dua kilometer dari 42 cawangan MR. DOLLAR di seluruh Semenanjung.

Pek bantuan makanan tersebut terdiri daripada minyak masak, mi segera, teh dan kopi, biskut, krimer manis dan bahan perasa.

Naib Presiden Pemasaran Kumpulan MR D.I.Y., Andy Chin berkata, pihaknya memahami kesusahan yang dialami rakyat dalam situasi pandemik dan berharap inisiatif ini dapat membantu mereka yang memerlukan.

“Saya juga seorang ketua keluarga jadi saya amat memahami kesusahan yang dialami rakyat dalam situasi sekarang, terutamanya apabila mereka tidak mampu menyediakan makanan untuk keluarga.

“Melalui #KibarkanBenderaKamiBantuSegera, kami sedaya upaya akan membantu rakyat Malaysia menempuh fasa yang mencabar ini.

“Kami menyeru semua rakyat Malaysia untuk turut membantu ahli keluarga, rakan-rakan dan jiran tetangga dalam usaha ini. Apabila kita bersatu, kita akan dapat mewujudkan begitu banyak perbezaan dalam kehidupan masing-masing,” katanya dalam kenyataan.

Sebagai perniagaan yang diasaskan di Malaysia, MR. DOLLAR akan menjejaki golongan yang memerlukan di mana dan apabila mereka memerlukannya.

Untuk mengambil bahagian dalam inisiatif ini, keluarga-keluarga yang memerlukan boleh mengibarkan bendera putih di hadapan rumah mereka, kemudian mengambil gambar dan berkongsi gambar tersebut melalui WhatsApp di +012 7711079.

Selepas menerima gambar tersebut, kakitangan perkhidmatan pelanggan MR. DOLLAR akan menghubungi penerima untuk mengatur penghantaran pek bantuan makanan tersebut.

Ahli keluarga, rakan-rakan dan saudara-mara juga boleh menghantar permohonan bagi pihak keluarga yang memerlukan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN