PETALING JAYA: Kadar pengangguran menurun sedikit pada Mei 2021 namun masih kekal melebihi 700,000 orang. Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, kadar pengangguran hanya menyusut 0.1 peratus kepada 4.5 peratus (728,100 orang) pada Mei berbanding 4.6 peratus (742,700 orang) pada April. Ujarnya, kadar pengangguran pada dasarnya menunjukkan trend penurunan sejak Februari 2021. “Pada Mei tahun lalu, negara merekodkan kadar pengangguran bulanan tertinggi iaitu sebanyak 5.3 peratus dengan…










