HappyFresh peroleh AS$65 juta untuk pacu pelan pertumbuhan - Utusan Malaysia

HappyFresh peroleh AS$65 juta untuk pacu pelan pertumbuhan

HappyFresh shopper dan rider, sedia memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan mereka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Platform pembelian barangan runcit dalam talian, HapyFresh telah meraih pembiayaan sebanyak AS$65 juta (RM274.56 juta) untuk memacu pelan pertumbuhannya.

Menurut HappyFresh, pusingan pembiayaan itu diketuai oleh Navel Financial Corporation dan Gafina B.V, selain LB dan Mirae Asset Indonesia serta Singapura.

Jelasnya, pelabur sedia ada seperti Mirae Asset Naver Asia Growth Fund dan Z Venture Capital turut mengambil bahagian.

“Pusingan tersebut melepasi sasaran awal, ekoran permintaan yang tinggi daripada pelabur baharu dan sedia ada,” katanya dalam kenyataan.

Mengulas perkembangan itu, Ketua Pegawai Eksekutif HappyFresh, Gullem Segarra berkata, syarikat telah menjalankan misi menyediakan barangan runcit terpilih segar dengan kualiti terbaik untuk pelanggan sejak enam tahun lalu.

Beliau berkata, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, semua usaha tertumpu kepada membantu keluarga yang telah meletakkan kepercayaan kepada syarikat untuk menghantar barangan runcit ke rumah dengan selamat.

“Kami melihat perubahan besar dalam tingkah laku pelanggan di mana kadar ketahanan dan kekerapan meningkat dengan ketara sementara jumlah pembelian secara keseluruhannya
bertambah dengan konsisten. Hal ini berikutan perubahan dalam berbelanja, daripada luar talian ke dalam talian, dan akan terus kekal begitu,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan HappyFresh Malaysia, Hu Hun Hui berkata, syarikat turut bekerjasama dengan rakan kongsi untuk melebarkan sayap ke lebih banyak kawasan merangkumi Putrajaya, Cyberjaya, Rawang, Butterworth, Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan dan timur Malaysia.

“Kami telah memperluaskan kepelbagaian kaedah pembayaran dengan DuitNow untuk kemudahan pembayaran, sebagai tambahan kepada kaedah pembayaran tanpa tunai yang komprehensif sedia ada termasuk menerusi kad kredit dan debit, pindahan bank serta pilihan e-dompet seperti GrabPay dan Boost.

“Tambahan lagi, tiada had perbelanjaan minimum untuk pelanggan tetap dan perkhidmatan ekspres akan diperkenalkan dalam beberapa bulan akan datang,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN