Astro kekal pilihan utama penonton - Utusan Malaysia

Astro kekal pilihan utama penonton

DRAMA Rindu Awak Separuh Nyawa muncul antara program terhebat di Astro dengan merekodkan jumlah penonton tertinggi sepanjang tayangannya. - GAMBAR/ASTRO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Astro mengekalkan kedudukannya sebagai destinasi utama pilihan peminat untuk program-program hiburan Ramadan dan Raya, dengan merekodkan sejumlah 94 peratus penonton berbangsa Melayu bagi saluran-saluran Melayu.

Menurut Astro, pandemik yang melanda negara dilihat telah membataskan sebarang aktiviti ziarah-menziarahi, namun stesen berbayar itu tetap berjaya menghiburkan penontonnya dengan menawarkan lebih 370 program istimewa merentasi setiap platform utama.

Jelasnya, jumlah tontonan program Ramadan dan Raya Astro (RARA) di platform On Demand merekodkan pertumbuhan positif dengan hampir tujuh juta dul distrim menerusi Kotak Astro (televisyen) dan Astro GO.

“Jumlah ini merupakan kenaikan sebanyak 518 peratus dari tahun sebelumnya kerana jelas dapat dilihat penonton memilih untuk menonton secara ‘binge
watch’ (secara berterusan) atau menonton semula program-program kegemaran masing-masing.

“Dalam pada itu, kadar tontonan menerusi peranti mudah alih di Astro GO terus
mencatatkan kenaikan apabila menerima lebih 65 ribu pendaftaran baharu sepanjang musim perayaan yang lalu,” katanya dalam kenyataan.

Astro memberitahu, antara program terhebat RARA adalah Rindu Awak Separuh Nyawa dengan jumlah tontonan TV tertinggi sebanyak 2.5 juta dan sejumlah 4.8 juta episod distrim di Kotak ASTRO dan platform Astro GO.

Program lain ialah Projek: Anchor SPM (616,000 tontonan TV), Sepahtu Reunion (870,000 tontonan TV) dan Mega Raya Ria (610,000 tontonan). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN