PETALING JAYA: WCT Holdings Berhad (WCT) kekal berwaspada optimis terhadap prospek baki buku tempahannya bernilai kira-kira RM5 bilion. Menurut WCT, Bahagian Kejuruteraan dan Pembinaan dijangka kekal sebagai penyumbang utama pendapatan Kumpulan. Jelasnya, bahagian itu telah menunjukkan permulaan yang baik pada tahun ini dengan kemenangan dua kontrak untuk pembinaan superstruktur sebuah hotel 29 tingkat dan pejabat 13 tingkat di The Exchange TRX bernilai RM137 juta. Selain itu, projek pembesaran dan penambahbaikan…









