Top Glove untung RM2.04 bilion - Utusan Malaysia

Top Glove untung RM2.04 bilion

Peningkatan semula kes Covid-19 memberi laba kepada Top Glove. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Top Glove Corporation Berhad (Top Glove) berjaya mencatatkan keuntungan bersih RM2.04 bilion bagi suku ketiga (S3) tahun kewangan 2021 berakhir Mei lalu susulan lonjakan permintaan sarung tangan sejak penularan pandemik Covid-19 yang masih berterusan sehingga kini.

Menurut makluman syarikat itu kepada Bursa Malaysia, angka itu meningkat 485 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu sebanyak RM348 juta.

“Keuntungan selepas cukai (PAT) kumpulan bagi suku tahun semasa didorong oleh output jualan dan purata harga jualan (ASP) yang lebih tinggi pada Februari lalu.

“Bagi memberi penghargaan kepada pemegang saham awam kami, dividen keseluruhan berjumlah 18 sen sesaham  bagi suku semasa akan diagihkan, di mana merangkumi 71 peratus jumlah pembayaran dividen, terdiri daripada pembayaran dividen khas sebanyak 21 peratus dan 50 peratus lagi merupakan dasar dividen syarikat,” katanya dalam  makluman berkenaan semalam.

Nilai itu dijangka diagihkan kepada kepada kira-kira 127,000 pemegang saham awamnya, dengan jumlah keseluruhan RM1.44 bilion yang akan dibayar pada 7 Julai 2021.

Pengarah Urusan Top Glove, Datuk Lee Kim Meow berkata, prestasi itu didorong oleh peningkatan dalam teknologi ke arah Revolusi Perindustrian 4.0 (IR 4.0) selain penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta inovasi kumpulan.

Jelasnya, bagi perbandingan suku ke suku untuk S3, prestasi lebih lemah disebabkan penurunan ASP sejajar dengan  tren harga pasaran sarung tangan serta impak jualan sarung tangan dari Malaysia ke Amerika Syarikat (AS), di mana syarikat sedang bekerjasama rapat dengan Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) AS untuk menyelesaikan segera  masalah berkaitan.

Bagi prestasi sembilan bulan pertama Top Glove tahun ini menyaksikan keuntungan bersih Kumpulan meningkat 1,163
peratus kepada RM7.27 bilion daripada RM575 juta tempoh sama tahun sebelumnya.

Pada masa hadapan, Kumpulan berhasrat terus bekerja keras bagi memenuhi permintaan sarung tangan global yang  kian meningkat, dijangka melonjak daripada kira-kira 10 peratus sebelum pandemik kepada 15 peratus setiap tahun.

Syarikat sarung tangan itu memberitahu, strategi kumpulan itu terdiri daripada gabu ngan pengembangan organik dan  bukan organik serta pelaburan strategik.

“Kami telah melalui beberapa kitaran yang terdiri daripada masa baik dan penuh cabaran sejak kami memulakan  perniagaan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya