TNB tangguh kerja senggaraan tidak kritikal - Utusan Malaysia

TNB tangguh kerja senggaraan tidak kritikal

JURUTEKNIK Diagnostik TNB, Muhammad Nazmi Zakaria menggunakan pengimbas terma untuk menguji keadaan kabel sebagai sebahagian daripada proses diagnostik atau Penyelenggaraan Berasaskan Keadaan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah menjadualkan semula hampir 2,000 kerja senggaraan yang tidak kritikal di Semenanjung sepanjang fasa pertama sekatan pergerakan penuh bermula 1 Jun lalu untuk keselesaan pengguna.

Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagian TNB, Wan Nazmy Wan Mahmood berkata, penjadualan semula itu melibatkan
kerja senggaraan tidak kritikal yang telah dirancang lebih awal.

“Bagaimanapun, barisan hadapan TNB akan terus memikul amanah melaksanakan kerja-kerja senggaraan kritikal walaupun angka penularan wabak Covid-19 kekal tinggi bagi memastikan sistem TNB sentiasa dalam keadaan baik, teratur dan berdaya harap.

“Terdapat 404 kerja senggaraan kritikal dirancang sehingga 14 Jun yang turut melibatkan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), hospital, Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dan Pusat Simpanan Vaksin (PSV),” katanya dalam kenyataan.

Jelasnya, kerja senggaraan kritikal masih perlu diteruskan.

“Senggaraan kritikal ini antara lain melibatkan kerja pembaikian perkakas telah dikenal pasti rosak dan pembaikan
berdasarkan keadaan perkakas elektrik menerusi proses diagnostik atau Penyelenggaraan Berasaskan Keadaan (Condition
Based Monitoring),” katanya.

Tambah Wan Nazmy, pihaknya akan mengeluarkan notis pemakluman dan memasang set janakuasa bergerak dan  membuat suapbalik di tapak supaya gangguan bekalan elektrik dapat diminimumkan.

Ujarnya, kerja-kerja senggaraan penting bagi memastikan pepasangan TNB sentiasa dalam keadaan baik, selamat serta cekap, mengelakkan gangguan bekalan selepas pembaikan membaiki kejanggalan yang timbul dan mengurangkan
risiko gangguan.

Wan Nazmy memberitahu, pasukan TNB sentiasa dalam keadaan siap siaga untuk kerjakerja kritikal lain yang tidak terancang atau luar jangkaan, untuk mengelak sebarang kejadian tidak diingini seperti percikan arka.

Sekiranya berlaku gangguan bekalan elektrik atau terdapat kejanggalan pada pepasangan TNB, pengguna diminta menghubungi TNB CareLine di talian 15454 atau Facebook TNB Careline. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya