Takaful IKHLAS lancar IKHLAS Motor Takaful Covid-19 Relief - Utusan Malaysia

Takaful IKHLAS lancar IKHLAS Motor Takaful Covid-19 Relief

Inisiatif IKHLAS Motor Takaful Covid-19 Relief bagi membantu masyarakat mendapatkan perlindungan takaful motor dengan sumbangan yang kompetitif dan berpatutan. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Takaful Ikhlas General Berhad (Takaful IKHLAS), anak syarikat milik penuh MNRB Holdings Berhad, telah melancarkan inisiatif IKHLAS Motor Takaful Covid-19 Relief bagi membantu masyarakat mendapatkan perlindungan takaful motor dengan kadar sumbangan yang kompetitif dan berpatutan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful IKHLAS, Eddy Azly Abidin berkata, IKHLAS Motor Takaful Covid-19 Relief merupakan inisiatif untuk membantu masyarakat yang pendapatannya terjejas akibat pandemik Covid-19, khususnya golongan B40 dan M40.

“Sepanjang tempoh pelaksanaan inisiatif IKHLAS Motor Takaful Covid-19 Relief ini, masyarakat boleh mendapatkan produk-produk takaful motor kami iaitu IKHLAS Private Car Comprehensive Takaful dan IKHLAS Private Car Comprehensive Plus Takaful dengan kadar sumbangan asas yang lebih rendah dan secara tidak langsung dapat mengurangkan jumlah keseluruhan sumbangan kepada perlindungan Takaful Motor,” katanya dalam kenyataan

Kata beliau, inisiatif itu turut menawarkan manfaat tambahan Covid-19 Relief #weprotecteveryone iaitu elaun khas hospital sebanyak RM1,000 untuk rawatan di hospital atau manfaat tunai sebanyak RM1,000 kepada benefisiari apabila peserta atau orang yang dilindungi meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19.

Turut ditawarkan juga IKHLAS Waqf & Endowment (IWE) yang diberikan secara percuma kepada peserta.

Tawaran IKHLAS Motor Takaful Covid-19 Relief ini terhad sehingga 31 Julai 2021.

“Kami turut menyediakan saluran atas talian bagi memudahkan pelanggan mendapatkan produk-produk ini dengan urusan yang lebih cepat, mudah dan selamat. Ambillah peluang mendapatkan perlindungan takaful motor dengan kadar sumbangan asas yang lebih rendah dalam tempoh terhad ini.” tambah beliau.

Takaful IKHLAS menyediakan perkhidmatan perlindungan kewangan berlandaskan prinsip syariah.

Ia menawarkan produk takaful keluarga dan takaful am yang komprehensif melalui Takaful Ikhlas Family Berhad dan Takaful Ikhlas General Berhad. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN